Posted in ESP, Meal Shakes, Performance Drink, Shaklee Product

Kekal Cergas Di Bulan Puasa

Setiap kali Ramadhan, memang menjadi kebiasaan bagi saya untuk menyediakan juadah pada waktu berbuka walaupun Encik Suami ada membeli makanan di bazaar Ramadhan. Jadi, kadang-kadang lauk yang dimasak tu memang akan kena recycle balik untuk bersahur pulak (memang masak lebih pun untuk bersahur 🙂 ). Sapa yang kat sini kalau tengok lauk-pauk terutamanya pada awal pagi, terasa macam ermmm…takde selera pulak nak makan kan. Kalau tak makan, tak sampai tengahari memang berbunyi la perut. Nak tak nak, kena jamah jugak la kan.

Bagi yang ada masalah susah nak makan pada waktu pagi, korang boleh cuba ESP. Apa tu?

ESP PUASA 2017

Ni salah satu produk Shaklee yang memang saya kena sediakan pada bulan puasa. Apa bestnya? Ianya memberi rasa kenyang yang lebih lama sebab Indeks Glisemik nya yang rendah. Jadi, ianya melepaskan gula ke dalam badan secara perlahan-lahan, sebab itulah masih rasa kenyang sehingga ke petang. Kalau tak ambik ni memang perut akan bergendang dulu sebelum tengahari. Selain itu juga, ianya sesuai diambil oleh ibu hamil, ibu menyusu, yang mengalami gastrik dan juga remaja berusia 12 tahun ke atas.

Bagi yang ingin melatih anak-anak untuk berpuasa, bolehlah mengambil suplemen tambahan seperti Performance Drink dan juga Mealshakes.

MEALSHAKE PD PUASA 2017.jpg

Apa fungsi Performance Drink?

Performance drink membantu mengekalkan kandungan air di dalam badan supaya badan tidak mudah kehilangan air. Lagipun kita sedia maklum, kanak-kanak memang sangat aktif bergerak dan mudah merasa letih akibat kehilangan air di dalam badan.

Mealshakes pula sesuai diambil oleh kanak-kanak kerana membekalkan nutrisi kepada tubuh badan kepada badan mereka. Kalau nak sahur, kita tahukan betapa liat nya mereka nak makan di awal pagi. Jadi, bagi kanak-kanak yang sukar untuk makan boleh campurkan mealshakes ke dalam minuman kegemaran mereka.  Mungkin antara cara terpantas untuk bagi anak-anak makan jugak la kan.

Jadi para ibu tak perlu risau lagi cara untuk menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Nak lagi best? Bagi orang dewasa yang aktiviti siangnya agak aktif boleh lah mencuba ESP, Performance Drink dan juga Mealshakes. Sesuai dengan aktiviti harian anda, ketiga-tiga ini membantu memberi tenaga yang maksimum untuk anda.

MIGHTY 3 GEM PUASA 2017.jpg

 

untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Pn Norehan dengan hanya klik link di bawah

http://www.wasap.my/+60178098313

Posted in Shaklee Product

Apa itu GLA (Gamma Linolenic Acid)

Apa itu GLA?

Mungkin ramai lagi yang tak tahu apa itu GLA. GLA adalah singkatan bagi Gamma Linolenic Acid. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega 6. Badan kita sebenarnya mampu untuk menghasilkan GLA tapi di dalam kuantiti yang sedikit. GLA boleh didapati dari pemakanan seperti lemak tak tepu.

Bagi mendapatkan GLA, ianya boleh diperolehi dari biji dan minyak dari tumbuhan seperti Onagraceae (evening primrose), Saxifragaceae (borage), dan Rubaceae (blackcurrant). Tetapi sumber yang paling banyak untuk mendapatkan GLA adalah dari Borage.

 

Sejarah awal GLA

Penemuan pertama GLA adalah pada sekitar abad ke-17 di Amerika Utara. Pada masa itu mereka menemui GLA pada minyak Evening Primrose (EPO). Orang Asli Amerika mendapatkan ekstrak minyak dari akar dan daun bagi tujuan untuk rawatan asma dan sebagai ubat penahan sakit. Namun sekitar tahun 1930an, para saintis menemui bahawa GLA mampu untuk mengubat mereka yang mempunyai masalah kulit.

 

Fungsi GLA Complex dalam merawat beberapa penyakit

gla-complex

Terdapat pelbagai produk yang mengeluarkan produk GLA di luar sana. Tetapi untuk produk GLA Complex dari Shaklee, ianya diesktrak dari borage di mana kandungan GLA nya adalah 2 kali ganda pekat dan 3 kali ganda berkesan dari EPO. Ianya juga digabungkan dengan minyak bunga matahari dan juga vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan fungsi produk tersebut.  Banyak kebaikan yang boleh diperolehi dengan pengambilan GLA Complex secara konsisten. Antaranya:

  • Mencegah komplikasi diabetes
    • Dengan pengambilan GLA, ianya mengurangkan rasa kebas dan kesakitan yang diakibatkan oleh gula yang tinggi dalam darah
  • Menambah kesuburan
    • bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan, GLA membantu mengatur hormon wanita yang tidak stabil bagi menggalakkan kesuburan.
  • Mengawalselia hormon estrogen dan testosteron
    • GLA membentuk prostaglandin (berfungsi mengurangkan kesakitan) dan sangat sesuai untuk melegakan simptom PMS seperti senggugut dan sakit kepala.
  • Melambatkan menopause
    • memperbaiki keadaan menopaus seperti imsomnia, hot flashes, depresi, berpeluh dan ketidakhadaman .  Ini kerana ketika menopause hormon estrogen dan progestron kurang terhasil semasa menopause. Jadi, fungsi GLA di sini adalah untuk menstabilkan hormon.
  • Menurunkan berat badan
    • menghalang penambahan berat badan disamping merendahkan kolestrol LDL
  • Rheumatid Arthritis (RA)
    • menurut kajian, pengambilan GLA sekurang-kurangnya selama 6bulan bagi pesakit RA boleh mengurangkan kesakitan pada sendi.

 

Posted in Nutriferon, Shaklee Product

Nutriferon tingkatkan sistem imun badan anda

Kalau anda jenis yang kerap di datangi sakit seperti selsema, batuk ataupun demam sebulan sekali ataupun ada yang jenis baru saja sembuh dari sakit, didatangi lagi sakit tersebut, itu tandanya badan anda mempunyai sistem imun yang lemah.  Bakteria, kuman, patogen ataupun virus senang untuk menyerang mereka yang mempunyai sistem badan yang lemah.  Umpama rumah yang  bumbungnya bocor, kalau hujan memang akan dimasuki air.  Begitu juga dengan badan anda, anasir-anasir jahat seperti bakteria memang mudah untuk menyerang badan kita.

 

Bagaimana sistem imun badan kita berfungsi?

Sebenarnya badan kita mempunyai sistem imunisasi yang cukup lengkap yang terdiri daripada sel, tisu dan organ untuk mempertahankan badan dari diceroboh oleh bakteria, virus, patogen, mikroorganisma dan kuman. Badan kita dilindungi dengan kulit sebagai perisai utama bagi menghalang dari dimasuki patogen ataupun bakteria ke dalam badan kita.  Tetapi perisai utama kita ini kadang-kadang mengalami kegagalan untuk berfungsi dengan baik. Jadi, patogen akan memasuki ke dalam badan kita dan di sinilah fungsi sistem imun badan untuk melawan patogen tersebut. Bakteria atau virus yang memasuki badan kita merupakan protein yang berlainan dari tubuh badan kita dan ini dikenali sebagai antigen. Antigen inilah yang mengganggu sistem pertahanan badan kita yang mengakibatkan kita sakit.

 

nutriferon note 3.jpg

 

Bagaimana Nutriferon membantu melawan antigen?
Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954. Itupun terhasil dengan beberapa kali ujikaji dan penilaian terhadap beberapa sebatian melebihi 200 herba berlainan dikaji. Dia telah berjaya mendapati bahawa 4 ekstrak tumbuhan berikut iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya kebolehan untuk mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.


nutriferon note 2

Apa itu interferon?

Interferon merupakan agen antiviral dan dan juga berfungsi memodalasi sistem imun badan. Jadi pentingnya Nutriferon seperti yang disebut tadi merupakan penggalak imunisasi untuk tubuh badan kita bagi melawan penyakit.

Ok, siapa yang memerlukan Nutriferon ni ye?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.

2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

8. Mereka yang mempunyai allergi dan eczema


nutriferon note 1
Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Jadi bagi mendapatkan Nutriferon, ianya hanya boleh didapati daripada pengedar sah Shaklee sahaja.

 

Testimonial:

Testimonial 1

testi nutriferon 1

Testimonial 2

testi nutriferon 2

 

Testimonial 3

testi nutriferon 3

Mengapa perlu menunggu lagi untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Cepat-cepat dapatkan segera untuk pertahanan badan yang lebih baik

 

Norehan  0178098313

Pengedar Shaklee Bintulu

Boleh juga menghantar pesanan anda ke seluruh Malaysia

Posted in Alfalfa Complex, B-Complex, Shaklee Product, Sustained Release Vita C

Rawatan resdung yang selamat

Sinusitis ataupun lebih dikenali sebagai resdung berlaku akibat jangkitan ataupun alahan. Simptom mereka yang menghidapi resdung adalah seperti kerap bersin dan sering berhingus. Tetapi ada juga simptom lain yang boleh mengarah kepada resdung.

 

Simptom atau tanda resdung

  1. Sakit kepala akibat tekanan kepada sinus
  2. Terasa bengkak di dalam hidung
  3. Demam akibat radang disebabkan oleh sinus
  4. Sakit tekak disebabkan oleh tekak mengalami keradangan
  5. Batuk
  6. Kerap bersin disebabkan alahan kepada debu, bulu haiwan dan persekitaran yang berhabuk.
  7. Hidung tersumbat

 

Faktor penyebab resdung atau sinus

  1. Ketumbuhan tisu yang menyekat saluran hidung
  2. Septum hidung bengkok yang menghalang laluan sinus
  3. Sistem imun badan yang lemah
  4. Jangkitan pada saluran sinus seperti jangkitan bakteria, virus atau kulat.
  5. Alahan yang mengakibatkan keradangan pada saluran sinus.

 

mcdc7_chronic_sinusitis-8col
Source: http://www.mayoclinic.org

 

Risiko jika resdung tidak dirawat dengan baik

Sudah semestinya setiap penyakit jika tidak dirawat dengan baik akan memberi kesan kepada tubuh badan manusia. Begitu juga dengan resdung, pesakit yang tidak dirawat boleh mengalami:

  • Asma
  • Meningitis iaitu jangkitan yang boleh menyebabkan kerdangan pada membran dan cecair yang mengelilingi otak dan saraf tunjang
  • Hilang deria bau secara sementara ataupun kekal
  • Mengalami masalah penglihatan samada secara sementara ataupun kekal

 

Rawatan untuk resdung

Rawatan kepada pesakit resdung biasanya untuk mengurangkan keradangan pada sinus dan juga membuka saluran pada sinus. Antara rawatan yang diberikan adalah:

  • Semburan hidung
    • Saline nasal irrigation –  ini membantu mengurangkan cecair dari hidung.
    • Nasal corticosteroid – semburan ini untuk mecegah keradangan pada sinus
  • Antibiotik
    • antibiotik akan diberi sekiranya pesakit mengalami jangkitan bakteria
  • Terapi imun
    • membantu mengurangkan reaksi kepada alahan
  •  Pembedahan
    • pembedahan dilakukan bagi membuang tisu yang menyebabkan sinus tersumbat

 

Rawatan secara pengambilan suplemen

Bagi yang ingin mencari alternatif lain selain ubat-ubatan, pesakit boleh mencuba suplemen bagi mengurangkan simptom sinusitis

Alfalfa Complex  – membantu mengurangkan radang pada saluran sinus

B Complex – Memulihara selaput lendir pada saluran hidung dan juga memberi membantu pengeluaran antibodi pada badan

Vitamin C – mencegah tiub bronkiol dari menyempit yang boelh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas dan juga meningkatkan penyembuhan tisu

 

Kalau masih lagi ragu-ragu, apakata cuba dahulu ketiga-tiga produk ini. Manatahu serasi

 

Hubungi

Norehan  0178098313

Pengedar Shaklee Bintulu

Boleh juga pos ke seluruh Malaysia

Posted in Shaklee Product

Berpantang bersama Shaklee

Masa berpantang merupakan masa bagi ibu baru lepas bersalin untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana badan kita baru sahaja bekerja keras untuk melahirkan seorang manusia.. Tapi semasa berpantang, macam mana badan kita nak dapatkan rehat yang secukupnya? Tidur cuma 2 hingga 3 jam pada waktu malam. Siangnya pula sibuk nak sediakan EBM lagi sebelum nak masuk kerja. Tentu badan terasa cepat letihkan.

Selain itu juga, semasa berpantang banyak makanan yang dilarang untuk diambil bagi mengelak masalah kepada ibu dan juga kepada bayi. Jadi, bagaimana kita hendak mengekalkan tenaga dan khasiat untuk diri sendiri dan juga bayi?

Tentu ramai ibu di luar sana ingin mendapatkan tenaga dan ingin sihat cergas seperti dahulu. Di sini, anda boleh cuba set berpantang dari Shaklee yang terdiri daripada:

1) Vitalea– membekalkan 23 vitamin dan mineral kepada tubuh badan
2)ESP – membantu membaiki luka di dalam dan juga di luar badan anda. Selain itu juga ianya membekalkan protein bagi penghasilan susu yang lebih banyak

3) Vitamin C– ianya mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka serta membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
4) Omega Guard – meningkatkan sistem imun. Selain itu membekalkan kandungan DHA ke dalam susu ibu bagi meningkatkan keupayaan otak.
5)Ostematrix – membekalkan kalsium kepada ibu dan juga bayi yang menyusu susu ibu
6)Alfalfa – berfungsi membanyakkan penghasilan susu ibu.

Bagi ibu di luar sana, jangan ambil mudah kesihatan anda

Hubungi SID anda
Norehan
0178098313

Pengedar Shaklee Bintulu

set post natal.jpg

Posted in Herblax, Shaklee Product

Sembelit oh sembelit

Pernah tak anda alami peristiwa di awal pagi perut anda memulas dan bila sampai je ke tandas proses nak ‘membuang’ memakan masa yang lama. Itu kira untung kalau dapat ‘membuang’. Kalau yang duduk bertapa tapi akhirnya kecewa sebab tidak mengeluarkan ‘hasil’ yang memuaskan.  Kalau sehari dua mungkin boleh diterima, tapi bayangkan memakan masa beberapa hari. Oh seksanya!

Lebih-lebih lagi kalau yang jenis asal ‘travel’ jek, susah betul nak membuang. Kalau seminggu travel, seminggu tu jugak tak membuangnya.Hmmm.. masalah kan? Kenapa sembelit terjadi? Banyak sebab kenapa sembelit boleh terjadi.  Boleh jadi:

  • kurang fiber dalam makanan
  • kurang pengambilan air
  • perubahan kepada aktiviti harian
  • kehamilan
  • ubat-ubatan seperti ubat anti tekanan, pil zat besi
  • tekanan

 

Selain itu juga, antara tanda-tanda orang sembelit adalah seperti:

  • Sukar untuk meneran
  • Perut kembung
  • Najis kelihatan keras atau kecil
  • Muntah

 

Jadi, bagaimana anda hendak mengatasi sembelit?

  • Minum 2 hingga 4 gelas tambahan air sehari, melainkan jika doktor anda memberitahu anda untuk menghadkan cecair untuk sebab lain.
  • Selain itu juga, cuba minum minuman panas terutamanya pada waktu pagi. Elakkan minuman sejuk ya
  • Tambahkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk diet anda.
  • Boleh juga makan prun dan bijirin.
  • Kerap bersukan
  • Kurangkan pengambilan minuman berkaffein

 

Ada juga cara lain untuk mengatasai masalah sembelit dengan pengambilan suplemen seperti Herblax.

herba-lax

 

Herblax mengandungi herba semulajadi yang membantu melegakan sembelit dan juga melancarkan fungsi usus. Ianya mampu melembutkan najis supaya anda tiada masalah untuk ‘membuang’ lagi

Cubalah

 

*bagi ibu hamil, elakkan pengambilan Herblax. Boleh mencuba Ostematrix untuk menyelesaikan masalah anda

 

Love;

SID Anda

Norehan

Pengedar Shaklee Bintulu

 

 

Posted in B-Complex, Ostematrix, Shaklee Product

Serangan migrain dan rawatan

Migrain boleh terjadi kepada sesiapa saja samada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Namun begitu tiada rawatan khusus bagi pesakit migrain.  Kebiasaannya pesakit migrain hanya merehatkan diri dengan tidur bagi mengurangkan rasa sakit kepala ataupun mengambil ‘painkiller’ atau ubat penahan sakit.

migrain poster 2.png

source: http://www.Axonoptics.com

 

4 Peringkat Simptom Migrain

Bagi sesetengah orang, ada yang tidak mengalami keempat-empat  simptom migrain. Berikut merupakan peringkat kepada simptom migrain:

  1. Peringkat Pertama: Prodome – pesakit akan sensitif kepada persekitaran seperti bunyi dan cahaya, kemurungan dan kurang selera makan.
  2. Peringkat Kedua : Aura – simptom kemungkinan sebelum ataupun semasa serangan.  Tetapi kebanyakan pesakit tidak mengalami aura. Keadaan aura adalah seperti gangguan penglihatan seperti kilauan cahaya dan cahaya seperti zig zag.
  3. Peringkat ketiga :sakit berlarutan selama 4 jam dan mungkin berlarutan sehingga 3 hari.  Ada yang kena serangan hanya sebelah bahagian kepala saja samada sebelah kanan ataupun kiri, tetapi ada juga pesakit mengalami kedua-dua belah bahagian kepala. Pesakit kemungkinan mengalami loya dan muntah, pening kepala dan sukar untuk bergerak mahupun bercakap.
  4. Peringkat keempat : Posdrome –  Iaitu fasa terakhir migrain ataupun selepas berlakunya migrain. Kebanyakkan pesakit akan terasa penat  dan ada juga yang terasa lega selepas migrain

 

Punca migrain

migrain poster 1

source: http://www.Axonoptics.com

Masih lagi belum jelas bagaimana migrain berlaku tetapi ianya boleh dikaitkan dengan faktor persekitaran dan genetik. Kemungkinan berlaku perubahan hormon di dalam saluran otak yang menghubungkan dengan saraf trigeminal. Ketidakseimbangan di dalam otak seperti serotonin yang berfungsi untuk mengawal kesakitan mungkin berlaku.  Tetapi punca migrain boleh juga disebabkan oleh faktor seperti:

  • Perubahan hormon kepada wanita. Ini berlaku terutamanya semasa haid kerana paras hormon estrogen yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala. Ibu hamil dan wanita menopaus pun boleh mengalaminya kerana kecelaruan hormon.
  • Makanan seperti keju dan makanan masin boleh mengundang kepada migrain.
  • Minuman seperti kopi mahupun teh (tinggi kandungan kaffein) dan juga minuman keras.
  • Tekanan di tempat kerja
  • Perasa tambahan seperti MSG (monosodium glutamate), pengawet makanan.
  • Perubahan kepada corak tidur seperti “jet leg”

 

Rawatan

Rawatan bagi pesakit migrain boleh menghentikan sakit migrain dan juga untuk menghalang dari berlakunya serangan migrain lagi.  Ada dua jenis rawatan yang akan diberi kepada pesakit migrain iaitu:

  1. Ubat melegakan kesakitan seperti aspirin, ibuprofen atau Acetaminophen. Tetapi kesan pengambilan jangka panjang bagi ubat ini akan menyebabkan ulcer dan pendarahan gastrousus
  2. Ubat pencegahan. Ubat ini diambil bagi mencegah dari migrain datang menyerang lagi. Ubat ini mengambil masa beberapa minggu untuk melihat keberkesanannya.

 

Namun begitu, bagi pesakit migrain yang ingin mencuba rawatan secara semulajadi, bolehlah mencuba suplemen Shaklee iaitu:

  1. b-complexB Complex : Vitamin B2 (Riboflovin) dan Vitamin B6 (Prydoxine) yang terdapat pada B complex inimembantu mengurangkan kesakitan akibat migrain.  Masalah-masalah lain seperti tekanan atau depressi boleh diatasai juga dengan pengambilan B complex.
  2. oste-matrixOstematrix : Salah satu punca yang menyebabkan migrain ialah pembuluh darah menjadi kejang. Jadi, Magnesium didalam Ostematrix  membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang.

 

Testimonial

Testimonial 1:

testimoni migrain 1

Testimonial 2:

testimoni migrain 2

 

Bagi yang nak cuba rawatan yang selamat dan sihat, boleh hubungi saya ye

Norehan  0178098313

Pengedar Shaklee Bintulu

Boleh pos ke seluruh Malaysia

 

Posted in Shaklee Product, Vivix

Gout yang menyakitkan

Suka tak makan benda manis?

Suka tak makan makanan laut?

Berat badan berlebihan?

Ini antara faktor menyumbang kepada gout. Tapi banyak lagi faktor yang menyebabkan gout boleh berlaku. Kita di Malaysia ni memang di kelilingi dengan makanan yang tinggi kandungan gulanya. Tak payah bincang jauh-jauh la. Kuih muih contohnya, hampir kesemua kuih di Malaysia ni memang manis-manis belaka. Belum lagi ditambah dengan makanan laut dan sememangnya negara kita kaya dengan khazanah laut 🙂 ketam, udang, lobster, sotong..uish … sedap tu.. tapi jaga-jaga, kalau tak jaga memang akan kena gout.

 

Apa itu gout sebenarnya?

Di dalam badan kita, asid urik disingkirkan melalui air kencing. Asid urik dan asid askorbik berfungsi sebagai ejen penurunan dan oksidasi yang baik dalam badan.Kandungan asid urik yang normal di dalam darah adalah antara 3.6mg/dl hingga 8.3mg/dl. Tetapi apabila kandungan asid urik tinggi di dalam badan, urates kristal akan berkumpul di dalam atau sekitar sendi anda dan menyebabkan kesakitan dan juga keradangan. Apabila dilihat dari luaran, bahagian yang terkena gout akan kelihatan bengkak sedikit kemerahan dan terasa sedikit panas pada bahagian tersebut.

Kebanyakkannya kaum lelaki lebih mudah untuk mendapat serangan gout berbanding kaum wanita. Namun begitu, kaum wanita mudah terdedah kepada gout selepas menopaus. Serangan gout boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Akan tetapi jika pesakit gout tidak mendapatkan rawatan sepatutnya, gout boleh mengakibatkan:

  • hakisan dan kemusnahan sendi
  • batu karang

gout

Bagaimana untuk mengelak gout dari berulang

Pelbagai cara untuk mengurangkan rasa sakit gout dan mengelak gout berulang. Antaranya:

  • Meletakkan ais pada bahagian yang sakit bagi mengurangkan radang pada bahagian tersebut.
  • Berjalan menggunakan tongkat bagi mengurangkan tekanan pada bahagian yang sakit.
  • Semasa baring, letakkan kaki pada bantal suapaya berada lebih tinggi dari badan untuk mengurangkan bengkak.
  • Elakkan makanan seperti kekacang, daging merah, makanan laut seperti sotong, udang dan ketam. Boleh diambil tetapi pada kuantiti yang sedikit dan sihat.

 

Namun begitu pesakit gout boleh mengamalkan suplemen yang sesuai bagi mengurangkan gout

  • Vivix ~ menggalakkan pembentukan mitochindra di dalam sel, melindungi serta membaiki DNA
  • Alfalfa ~ menyingkirkan toksik secara lembut
  • Omega guard ~ mengurangkan keradangan pada sendi pesakit

 

TESTIMONIAL

testi-gout-vivix-1
Enter a caption

testi-gout-vivix-3

testi-gout-vivix-2

 

*Disclaimer: Vivix hanya suplemen yang bukan untuk mengubat, keberkesanan kepada setiap invidu adalah berbeza.

 

Hubungi pengedar anda

Norehan

0178098313

Pengedar Shaklee Bintulu

Posted in Alfalfa Complex, Shaklee Product

20 Manfaat Alfalfa Complex

Apa keistimewaan alfalfa Shaklee?

Alfalfa Complex diperbuat daripada daun alfalfa yang hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang dan kaya dengan klorofil. 

Kemudian, daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.

Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

 

Akar tunjangnya pula mengunjur ke dalam tanah sedalam 6 meter dan mampu menyerap nutrien dan mineral dari tanah.  Jadi, produk ini mengandungi sumber yang kaya dengan nutrien seperti kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

Antara manfaat alfalfa kepada kesihatan kita ialah:

1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk ‘LDL’ dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema – Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

alfafa-complex-s 2016.png

Alfalfa Testimoni

Testimoni 1:

alfalfa testimoni 1.png

Testimoni 2:

alfalfa testimoni 2.jpeg

 

 

Posted in Shaklee Product

Kenapa rahim bengkak?

Kredit to Dr Malinda Health & Beauty Academy https://www.facebook.com/drmalindahealthacademy/?pnref=story

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

– fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
– racun serangga (pesticides)
– tobacco by products.

3. Obesiti.

– Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

– Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

 

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

– haid yang tidak teratur / berpanjangan
– sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
– perut membuncit
– pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

 

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient – coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) – antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea – powerful antioxidant

 

GLA boleh ke?

– GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

GLA Complex pic

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.